Rancangan Televisyen di Jepun

Walaupun stesen-stesen TV berbeza rancangan TV, namun ada juga persamaan. Awal pagi dikuasai rancangan berita sekitar 9 pagi, disusuli oleh rancangan tengah hari, terdiri daripada ulang tayang drama dan rancangan informasi yang ditujukan kepada suri rumah yang baru mengemas rumah. Sekitar jam 4 hingga 6 petang, bersiarannya anime dan rancangan TV untuk kanak-kanak. Pada 7 petang berita disiarkan lagi, diikuti rancangan waktu perdana untuk tontonan seisi keluarga. Pada jam 9 malam, siaran beralih pula kepada drama dan rancangan untuk golongan dewasa. Sesetengah stesen menyiarkan berita pada jam 10 malam. Berita sukan disiarkan sekitar tengah malam untuk tontonan golongan pekerja. Selepas itu, disiarkan pula rancangan khusus untuk golongan cukup umur sahaja serta anime yang tidak menjangkakan ramai penonton seandainya disiarkan awal.

Ada kalanya, siri TV di Jepun dibahagi kepada kūru (クール, istilah yang berasal dari cours dalam bahasa Perancis yang bermaksud "siri" atau "rantaian"), iaitu tempoh tiga bulan yang diisi 13 episod, serupa dengan istilah musim dalam penerbitan TV negara lain.